Selasa, Disember 22, 2009
Tenangkan fikiran dengan bercuti
Percutian lebih bermakna sekiranya dirancang dengan teliti. - Gambar hiasan
ARKIB : 16/12/2009
Bercuti merupakan satu aktiviti yang paling digemari masyarakat dewasa ini. Ia bukan sahaja dapat menenangkan fikiran setelah sekian lama 'mengabdikan' diri dengan kerja-kerja pejabat, malah ia turut memberi peluang kepada anda untuk bersantai bersama ahli-ahli keluarga.
Pada hujung tahun ini adalah waktu yang sesuai untuk pergi bercuti sementelah cuti sekolah yang panjang, cuti umum dan ada yang ingin menghabiskan cuti tahunan yang perlu dihabiskan sebelum tahun baru.
Bagi yang berkeluarga, waktu inilah perlu diambil kesempatan untuk melancong sama ada di dalam negara atau yang berkemampuan, bolehlah ke luar negara. Bercuti bukan semata-mata melawat ke tempat-tempat menarik tetapi boleh juga balik ke kampung.
Bagaimanapun seperti umum ketahui, untuk pergi bercuti bukanlah satu perkara yang membebankan tetapi persiapan sebelum berangkat pastinya sedikit sebanyak membuatkan anda menjadi 'kelam kabut'.
Tambahan pula sekiranya anda merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan segala-galanya termasuk anak-anak.
Jadi di sini terdapat beberapa tip bercuti untuk memudahkan perjalanan anda sekeluarga.
Tip sebelum berangkat
l Pilih untuk bercuti pada hari biasa. Lazimnya untuk hari biasa ia dapat menjimatkan kos.
l Buat kajian tempat-tempat yang bakal dilawati. Ini memudahkan anda mengetahui apa-apa kemudahan yang disediakan.
l Bagi mereka yang tidak biasa melancong atau ingin ke tempat yang tidak pernah dilawati, anda dinasihatkan agar menggunakan khidmat agensi pelancongan. Melalui agensi pelancongan kita boleh melawat lebih banyak tempat berbanding dengan melancong sendiri. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kos.
l Jangan pakai barang kemas. Ia adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
l Tukar mata wang sebelum bertolak (bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara).
l Sediakan barang-barang yang sesuai dan penting sahaja dan jangan terlalu banyak atau menyusahkan. Jika perjalanan jauh, seelok-eloknya kurangkan beban yang akan dibawa.
l Elakkan banyak berjalan seperti membeli-belah kerana itu akan memenatkan dan jadual percutian anda akan lari dari tujuan asal.
Melancong menaiki kapal terbang
l Pastikan anda membuat pemeriksaan dengan syarikat penerbangan yang dilanggani untuk memastikan sekiranya mereka menyediakan kemudahan untuk keluarga, contohnya hidangan untuk anak-anak dan sama ada kereta sorong bayi dibenarkan melalui pintu masuk.
l Jika boleh, anda digalakkan mengambil penerbangan pada waktu siang. Ini memberikan keselesaan kepada anak-anak dan secara tidak langsung rutin waktu tidur mereka tidak diganggu.
l Buat penempahan tempat duduk penerbangan agar anda dapat duduk bersama dan pesan hidangan anak anda pada masa yang sama.
l Bawa segala keperluan bayi dengan bagasi tangan (yang boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang). Ini mengelakkan sebarang masalah sekiranya penerbangan ditangguhkan.
l Beri bayi anda makan dan kepada anak yang lebih besar elok sekiranya diberi gula-gula. Ini adalah untuk menghentikan ketidakselesaan kepada mereka apabila tekanan kabin berubah ketika berlepas dan mendarat.
l Bawa makanan yang bayi anda biasa makan dan minta untuk dihangatkan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan makanan bayi.
l Bungkus sebakul kecil alat permainan, buku dan majalah untuk anak anda dan minta pihak penerbangan pek aktiviti yang mereka sediakan.
Melancong menaiki kereta/ kereta api/ bas
l Jika boleh, mulakan perjalanan anda sebelum waktu tidur anak. Ini kerana mereka mungkin lebih senang untuk tidur semasa dalam perjalanan.
l Pastikan banyak ruang di belakang kereta untuk anak anda dan mereka tidak dikelilingi barang-barang seperti beg.
l Bawa cakera padat cerita atau lagu untuk dimainkan di kereta.
l Rancang hentian yang kerap supaya anak boleh berjalan dan anda boleh berehat.
l Jika terdapat tarikan menarik di sepanjang perjalanan, anda digalakkan berhenti untuk melihat.
l Bawa beg parti kejutan dengan habuan seperti buku nota, krayon, pelekat dan manisan untuk memastikan mereka sentiasa terhibur.
Tip umum
Jangan lupa buku kegemaran anak anda. Percutian merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan terutama anak-anak anda.
Anda juga digalakkan menyediakan buku skrap murah dengan sedikit gam dan buat buku kenangan untuk percutian anda sekeluarga.
Anda juga diingatkan agar membawa baju salinan untuk setiap ahli keluarga kerana hampir pasti dalam setiap perjalanan sesuatu akan tertumpah ataupun anak anda muntah.
Ceritakan pada anak anda masa perjalanan yang sebenar serta tambahan masa sekiranya perlu bagi mengelakkan mereka bosan. - mariatul qatiah zakaria
p/s: klakar la tetibe ade gamba sek@mmu langkawi huuu...kenangan yang xkan dilupakan...tersangat bes...ronda pulau2 :D
Sumber: utusan online - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_02.htm"
Sabtu, Jun 27, 2009
1st Day Working! :P
Assalamualaikum and a very good day to all.
1st time I went to interview was on 21 Jun 2009(Sunday) at 11.00 am. After that, i have been informed by the BOSS to work on the spot on that time :D... it was really unsuspected...Thanks to Allah. So today is saturday...do not have too much work to do...so i feel want to write in my blog :D as a diary for me...ahah..
foot note: thanks to all my beloved frens at mmu.. :)...especially to Lina syg...take care, kawin nnt jemputla...isna...thanks coz ikhlas bkwn ngan sy :D ngehh..kirim salam family k! miss u all so much!
1st time I went to interview was on 21 Jun 2009(Sunday) at 11.00 am. After that, i have been informed by the BOSS to work on the spot on that time :D... it was really unsuspected...Thanks to Allah. So today is saturday...do not have too much work to do...so i feel want to write in my blog :D as a diary for me...ahah..
foot note: thanks to all my beloved frens at mmu.. :)...especially to Lina syg...take care, kawin nnt jemputla...isna...thanks coz ikhlas bkwn ngan sy :D ngehh..kirim salam family k! miss u all so much!
Jumaat, April 03, 2009
Sekolah @MMU Pahang Perdana.
Return Of Bekok.
Assalamualaikum and a very good friday...
So long i didn't writing in this blog...so here i putting some pics from the program The Return Of Bekok which is combining IU CJ & IU Melaka...
Thats all for now :)
thanks for drop by. See ya!
Sabtu, November 22, 2008
Bercuti Bersama Sekretariat Rakan Muda MMU
Salam n good day :)
Pd 14-16 Nov last weekend, sy join SRM 1st program iaitu Rakan Muda Wawasan Desa(RMWD) Parlimen Sepang...
Mmg siyes best dan menyeronokkan...ehe...xsia2 ikut korg..wlau time tu tkt sgt sbb xknl korg sgt eheee..bkn pe tkt xselesa nnt :D
Lg satu...xsangka msuk sokabo sinar eheee...okla mks nk ckp byk...taip lg..lenguh ehe...(pdhal tgh stadi probs tbe2 jari ni mrayap taip blog...adus)
Okla skrg tgkla gamba2 kitorang eheee...best giler!!!
1st day: Seramai 40lbih sertai RMWD
Sebelum bertolak...kitorg bkumpul kt STAD MMU
Baru Sampai di Kg. Sungai Hj. Dorani Homestay...cantik sawah padi dorg..
Bersama macik2 kg tersebut mmg peramah dorg ni...
Diserahkan pd kuaga ankat...so ni la abangda(nk pgil ayahanda muda sgttt..muahaha) kitorang...
2nd day: xtvt 1st dwaktu pagi..Gotong Royong kat mesjid
Tanam pokok(Mangga) kenangan kat lua pagar mesjid
Tgh jln sempat lg begambo...
Dari mesjid kitorg jln kaki ke umah Pak Yatim utk...next xtvt.
xtvt 2nd gotong royong masak gulai kawah eheh...
Menu: ayam paprik, masak lemak sayur+tempe, sambal belacan, ikan kering. mkn dlm talam :)
pas mkn ktorang prepare utk xtvt mlm kbudayaan nnt...
xtvt 3rd turun sawah eheh...bekubang! actly kitorg kna tanam padi tp...eheh rasia..
xtvt 4th mancing ikan kat parit ehe.
Dpt seko ikn puyu eheh!
xtvt 5th malam kebudayaan..
Bersama ank buah ankat eheh...ank abgda
Persembahan Berongan dr pduduk kg...
kump 2 wat psembahan pentomen berjudul puteri belut dan dot dot dot. kelihatan sorg pduduk kg sdg bersilat...
Nyanyi lagu Permata Dunia...lgu MMU
3rd day: Bergamba ngan Mak ankat sblm btlak ke majlis penutup...
xtvt 6th Majlis penutup. VVIP Jemputan YB Pn. Noriah Kasnon Timb.Pembangunan Wanita&Keluarga
Penyampaian cenderamata kpd kuaga ankat
xtvt 7th lawat kilang bahulu, kebun pokok mangga, nata de koko dan kerepek.
Lam bas dlm pjalanan balik MMU
Sekian...wassalam.. :)
Langgan:
Catatan (Atom)